KONNICHIWA ;')

ARIE ADRIANE <3


Sunday, January 19, 2014

untukmu wahai kekasih

aku tahu kau masih mencintai aku. tetapi kau kini milik orang lain. hati ini remuk melihat kau dan dia bersayang sayangan. even kau anggap kita kawan, hatiku ini cuba untuk berpura pura gembira. setiap hari terpaksa memberi senyuman untuk menceriakan diriku sendiri. sungguh tak sangka yang aku diduakan. kenapa harus begini? apakah salah aku? apa setiap manusia tidak layak diberikan peluang untuk membaiki kesilapan dan salah masa lalu? terlalu banyak kenangan antara kita berdua. terlalu banyak kenangan pahit antara kita berdua. biarlah semua itu menjadi saksi kita dulu.sewaktu kita berpegangan tangan, sewaktu aku kecup kening mu. sewaktu aku menyingkap rambut mu.
Sewaktu kita berbicara dalam telephone, minda aku mula mencelik dan buka. sedar atas semuanya. aku cuba untuk menerima semuanya dengan hati yang sakit dan pedih. meskipun aku tahu yang kau menipu aku. aku masih lagi tersenyum.
Aku cuba untuk memulakan hidup baru. membina balik semuanya membuktikan padamu yang aku boleh berjaya. doakan aku sepanjang menempoh perjalanan ini tanpa kamu. memang berat menganggap dirimu sebagai kawan. apa yang mampu aku lakukan? hanya redha dan mendoakan kehidupanmu.
Sepanjang kita bersama mencintaimu adalah perkara yang paling manis dan baiik dalam hidupku. setia mengajar diriku. kesabaran mengajar diriku.
SETIAP HARI, MASA, SAAT YANG KITA HABISKAN BERSAMA BIARLAH MENJADI KENANGAN YANG CUKUP INDAH DALAM HIDUP KITA. MOGA-MOGA KITA BERJUMPA DI MASA AKAN DATANG. INSYAALLAH.
Salam sayang untukmu
Regards, Fahmi

Wednesday, October 31, 2012

TILL JANNAH, TINKER



ARIE ADRIANA BINTI MUHAMMAD NIZAM.
ini ialah kekasih buah hati cinta payung emas berlian saya>< 
shes a bit annoying, zzz but still... shes a veryy kind woman i ever seen in this world.
good looking girl for me, very cuteeeeeeeeeeeeeeeeee and very chubby :D hehehe u not mad at me huh sygg? hihihi. relationship kite orang dah setahun 12hari first time ingt tarikh anniv sendiri-.- tidak slalu kene mara dgn baby sebab tak ingat tarikh.. tidak pun dia merajuk^^ kihkihkih. okay, hobby dia suka mencubit aku. cubit, cubit, dan cubittttttttt aku sampai lebam.... itu jelaaaa, cubit jeee, zzzz. dia nieee nakal sikit, tapi dengan aku jelaa. gedik, ngade2 apa semua nyeee dengan aku. :D hubungan kite orang ni dah macam-macam yg berlaku. manis, pahit sume ada. sampai kene maki ngn mak dia bapeee kali ntah -.- tetapi aku sayang mak dia... mak dia baik. mak mertua paling baik dalam dunia. dan mak dia hot. :'P tapi sekarang, aku dah berjauhan dengan dia..... alhamdulillah dia mempercayai aku sebagaimana aku mempercayai dia. dia setia dekat aku sebagaimana aku setia kat dia. dia jujur kat aku sebagaimana aku jujur kat dia. itu lah arie, wanita yg kuat semangat dan tabah mengharungi dugaan2 ni. gua respect sama lu la bai!!! hehehe. 




comel kan? :') hehehe. mungkin dia menyakitkan hati, tapi dia lah yang terbaik!!!!!!!!!!!!!!! <3 
I LOVE YOU SOO MUCH.
TILL JANNAH, TINKER XOXO

'do you still love me in the morning baby?'


Friday, January 6, 2012

MAK MANA???????

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar.. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

AKU LELAKI EGO-.-

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

'Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,'

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

TRUE STORY, DEDICATED TO AMIRUL AZIMAN.

Friday, December 23, 2011

cinta menyakitkan. setuju?



CINTA ITU SANGAT KEJAM, BOLEH MEMBUNUH. BOLEH MEROSAKKAN DIRI. SO, KALAU ANDA ADA DUIT, ANDA YANG MENGAWAL CINTA. MAKA DENGAN PADA ITU, BERHATI HATI LHA DALAM BERCINTA :)

Friday, November 12, 2010

pengalaman2 PONTENG!!

smekkom .

xjawab dose. baek anda jawab. kekeke. pade hari ini, sye akan mengisahkan tentang pengalaman2 ponteng sye pde malam hari?? err, eh eh. silap lorhh. pde siang hari daa. aparaaa. ehemm2, kisah nye bermule mcm nie. jap2. cube korang flashback skett.

pde suatu hariey.. kami berase tersangat sangat laa boringg.. soo, kami ad satu plann. nk kuar skolaa. tpi, kami terpikir bagaimanakah kami ingin melepasi JAHARAH aka MAKLONG.. mmg susah arr nk berkate kate ponn xbleyy.. tibe tibe, seorang pemuda datang kearah kami.. kami berasa takott. apabila dyer smpai, dy berkate. keluar laa dri tandas nie. aku nk CUCI. rupe rupe nyer itu ialah MAKCIK CLEANER!!-.-'.. kami tros keluar dan seorang dripde rakan kami berkate, woyy!! line clearr. JAHARAH xderr..!! tpi, FUZIAH HANIM adaaa.. cmner nie?? dhtu, aku berkate, ko ad otak enn? ko pikirlahh sendiri. sorry abg nabil, pinjam trademark jap. kekekeke.. dan lagi skali, kami pon berfikir.. hmmmm, cmner nk lepas halangan halangan nie?? AIYYO!! akhirnye kami dpt lpass dgn bantuan budak budak SKEMA?? kami menggugut mereka supaya, bertanyekan soalan math didalam kelas terjaoh dri tngge skolaa. apabila keluar, kami xtahu mau pergi mne...?? kerana, AGUS bru keluar dari skola nk carik budak budak pontengg. kami ponn speechless seketika. dgn terdesak, kami mnyorok didalam longkang yg busuk ya amatt. apabila agus sudah belahh. kami pon pegi 7E kejap. beli slurrpee. supaya otak dibekukan seketika. hmmmm.


akan bersambungg. xde idea lorhh.

k , byebyebye. smekkom!!

Sunday, October 31, 2010

pengalaman ketika di KL

smekkom,

sye disini ingin menceritakan pengalaman sye ketika berada di KL, bersama - sama kawan - kawan aku. iaitu brader tuah, boboy gigi, amir panjang dan hapis begudul. eh eh, tertinggal satu daaa. FAHMI. hahaha.

orang KL mempunyai manyak karenah, termasuk laa member aku yg manyak karenah nie. bak kate orang tua MASOK AIR. maklumlah, dulu dok KL sekarang dok NILAI. jadi bile ke KL tuh macam RUSA MASUK KE PEKAN. hahah. kalo KL ke nilai plak, umpama decepticon nak menyerang autobots kt bandar. hahahahah

ketika aku bersama member - member aku yg manyak karenah nie, kami jumpe pelbagai orang yg manyak karenah dekat time square. dekat mid? ouhh, x sangat. semasa kite orang menunggu LRT kt bandar tasik selatan semasa nak menuju ke jalan hang tuah. pelbagai orang kami jumpe ktsner. macam semut x berhenti mencari makanan. jalan jem jerk. ad yang nak pegi tu, ad yang nk pegi nie, ad yang nak cargas ke kerja. hey, susah betul laa nak dok kt KL nie. anyway, kami dapat mengatasi masalah ini dengan mudah. small matter jerk. (walaupun ad tersesat sket)

ketika di dalam LRT, perjalanan kami menuju ke jalan hangtuah. kami telah menyaksikan sekumpulan geng remeja. yg bajet goodddd jewp. berlagak laa kate orang tua. dyer tgk kiteorang mcm dok kt kampung. padahal dyer xtau. kiteorang lahir kt KL, duduk jerk kt kampung. huh!!! kalo bdk kampung nie, dressup dyer berbeza skett. kalo bdk KL nie, dressup depa xley katelahh. auzubillahminalZALIM!!! kami kecewa melihat dressup dorang, camtu ke umat islam????? tidak menutup aurat. apatah lagi pompuan. tunjuk sner, tunjuk sni. semua benda nak terkeluar. jgn sampai jantung kiteorang yg terkeluarr. mata kiteorang len macam skett. so, berhati hati lahh dengan kami.

setelah sampai ke destinasi yg ingin ditujui. kami berjalan kaki ke time square. tpi, sebelum sampai ke time square. ad jugak laa budak yg bajett goood. tetapi, kami x pedulik itu sume, kami tempuh dugaan itu dengan tenang. ad yg budak carik pasal. hey, xpaham btol aku. melayu same melayu pon nak gadoh. kalo MACHA tu bley laa, bab dyer wat kepale kt malaysia. kata 'SATU MALAYSIA', tpi nie x. perangai cam sial sahaja. tpi, xpelahh. dh depa pandang kiteorang cm nie. biar jelahh. tuhan saje yg tahu. dalam xsedar, kami sudah sampai ke time square. (walaupun kami ad tolak menolak skett, tpi sampai dengan berjaya)

ketika berada didalam time square, kami membuat plan nak pergi kemner dahulu. tengok wayang ker, pergi makan ke, cuci mate ke, shopping ke or whateverr laa. jadi kami mendicidekan diri untuk pergi sembahyang zohor dahulu? -.-" . maklumlahh, dh masuk waktu. solat kite mesti tunaikan. WAJIBB!!! selepas je kami beribadah, kami pun membuat plan lagi sekali. tpi, dh xyh pikir dh. bab kami dh tau nak pegi kmner. jadi sye dn member saye, sudah bersepakat untuk pergi tengok wayang. cerita nk jiwang. maklumlah ad orang tgh berduke time tuh. huhu. kami tgk dua cerita. cerita yang pertame, LAGENDA BUDAK SETAN. maklumlahh, kami pon mcm budak setan jgkk. hahaha. bebaloi la jgk pengarah tu wat filem lagenda budak setan tu. sebab yg berlakon tu pon mcm setann. habis nya kami menonton cerita itu, kami menyaksikan cerita yg kedua, iaitu twilight eclipse. itu pon, ad yg bab2 berduke. jdi feeling laa kite orang time tuh. sebab, diantara satu dalam group kiteorang nie, ad yg tgh berduke. iaitu BOBOY GIGI!!! eh eh, ketepikan cerita2 tuh. orang nak enjoy bkn nyer nk berduke cite.

setelah habis tengok wayang, perut kami dh mengadu dan bermuzik. muzik dye pon best. lagu mc'donald. 'parapappapa, i'm lovin it' hahah. jadi kami menuju ke mc donald, singkatanya mc'd. nak buat cmner? dh perut tu pekik2 name mc donald. so, terpakselahh. sampai jerk kat mc'd, kami soh BRADER TUAH membeli segale2 burger yg ad kt situ. (padahal burger biase jerk) jadi brader tuah tnyer kite orang, nk burger ap? jadi aku cakap nak burger tu, amir ckp nk burger ni n hapis plak nak burger big mac. waaahhh3, cite rase besar nmpk. manakale, boboy gigi nk berduke sgt, dye mntk laa burger fish n chip. (ouhh, tersilap ayat. fillet daa. bkn chip.) pastu kami tanyer brader tuah. ko nak makan burger ap? dye kter ' aku pnyer cite rse besar, jdi aku order spicy chicken mc deluxe, combo plak tuh ' kurang hajar btoll dyer tuh. mmbr sume mkn burger ngan air je. dye satu set lengkap abis pnyer dye order. lepas jerk beli, kami wusyaa port untuk mencekik, wow!! kami dpt satu port yg baek pnyer. so, kami duduk laa disitu. semasa sedang syok mkn, ad lah plak gadis bkn melayu terakhir mengusyaa kiteorang. ehem2, aku tu. (padahal, berebut2 nk gadis tuh). jdi dgn menutup cite awek nie, brader tuah pon ckp,'korang mkn je, kang kite dh nk belaahh' 'awek tu pon bkn nye gadis melayu sgt pon, pakai tudung seluar xyh ckp arr, pnyer ketat skinny dyer. haiyya!!
abes jerk kami mencekik, kami kluar dri mc'd. tanpe melihat aweks2 gadis bkn melayu terakhir. dn kami pon, mmbuat plan nk menuju kmner.

abes nye kami membuat plan, kami bersepakat untuk pegi SHOPPING plak. macam duet manyak jerk nak shopping kt time square nie. tpi, kami xpedulik kami pon shopping jelah kt dalam time square nie. firstly, kiteorang pegi kedai jam. kiteorang pon wusya laa jam yang gempak2. adlah satu dua yg kiteorang minat. tpi, disebabkan hapis begudul dan amir panjang minat jam tuh. kiteorang pon bagilahh dorang beli jam tu. lepas jerk kiteorang pegi kedai jam. kiteorang pon menuju ke kedai seluar jeans. jename LEVI'S (citarasa besar, nk pakai seluar mahal) haiyya. masok je kedai levi's, kite orang pon memilih seluar yg pattern2 baru. amir panjang beli seluar skinny. hapis begudul plak, pon nk skinny. member yg xabes abes berduka iaitu boboy GIGI, beli shortpants. manakala aku plak, beli seluar levi's yg murah. maklumlah(bajet xcukop, gaye je lebey-.-") brader tuah plak, membeli seluar BOWCUTS'. kami membuat kiraan pada sume seluar tuh, totals sume ialah RM 720. uiks(telan air liur) bapak mahal!! tpi xpe2, nk bergaye pnyer pasal kami pon bayar laa. ap lagii. lepas pegi ke kedai levi's, kami pon cargas ke kedai baju. macam2 baju yg ad kt situ diantaranya GUESS dan jename yg sepatotnye(dalam hati, xtau sebenarnye) kami sudah penat pusing satu time square, kedai kasut, kedai baju dan kedai lain2.

hmmmm, kami pon dh xlarat dh nk berjalan lagi. lagipon, si bulan dh keluar rumah, matahari sudah pulang ke rumah. tu tandanye dh time utk pulang kerumah. jdi kami pon kluar daripade time square. semasa kami berjalan nk menuju ke LRT, kat jalan hang tuah. kurang nye karenah orang KL. alhamdullilah! xde nk gadoh2 lgi.

sampai nye kami dkt LRT jalan hang tuah. kami pon beli tiket. gile korang kalo x beli tiket. menapak laa jawabnyerr. huhu. masok je dlm train untuk menuju ke bandar tasik selatan, kurang jgk laa karenah orang KL. lagipon, yg ramai hanyelah orang yg bru balik keje. lgipon, depa letih. soo, tetidur laa dorang dlm train tuh. ad yg kluar air liur basi, ad yg tido bersandar kt orang, ad yg wat train tuh mcm umah dyer sendiri dan lain2 lahh. tpi, oke laa tu, xlaa banyak karenah sgtt.

tibenye kami di bandar tasik selatan. kami pon, mencari sebuah bas untuk pulang kerumah. tetapi, tidak terdapat banyak bas kt luar stesen tuh. maklumlahh, orang balik keje, nak balik naik bas bkn nye kete. tpi ad laa jgk kete, xbanyak sgtt. jdi kami pon menunggu dan menunggu terus menunggu sampai xley nak menunggu bas lagi. sebab dh lame kiteorang tunggu kt bustop tu. tunggu punyer tunggu, ad lahh sebuah bas yg menuju ke jln yg benar yg boley bwk kami pulang kerumah. tpi, yg xtahan nyer TAMBANG' dye. auzubillahhiminahsyaitonnirrejamm!!! bpk mahal!! 18 belas engget tuh. dh laa cekik darah, xde diskaun plak tuh. tpi xpe, kami paham. ekonomi merosot. kesian dye nak carik makan. lgipon, dh xde bus nak naik, jdi kami pon naik jelahh. tibe je kt taman kami, bas pon berhenti. tpi, pintu xbukak. dy ingat kiteorang nk tido dlm bas agaknye. pemandu pon, muke SEPOSEN jerk. maklumlahh(masok air). keluar jerk daripada bas, pemandu tu kencing kiteorang. dye ingt kiteorang ape?? nak ngencing kaki kencingg. haiyyo... duet tambang bru lime engget empat puloh sen. dye kencing kiteorang lapan belas engget. kwang ajak!! haa, amik nie, waachaa!!!(kiteorang pon tunjuk aksi laa enn. tpi xsangke gengster cam kiteorang pon bley kner kencing. jdi whatever laa) mase kiteorang nk berjalan pulang kerumah masing2. kami pon salam takecare.(mcm xjumpe jerk esok) dn kite orang pon berduka - duka laa sikit. yg boboy gigi nie, terlebey berduka(mcm ad yg dh meninggal jerk.) setelah abes berduka, kami pon ckp HALO2 laa esok yer. jdi kami pon menuju kerumah masing2.


jadi kesimpulan nyer, cerita ini bukannya rekaan semata-mata. cerita yg diadaptasi oleh otak aku n da geng.

harap korang enjoy kisah kiteorang nie.

PENGARAH : brader tuah dan budaksengalxbleyyblahh.

WATAK : fahmi , brader tuah , amir panjang , boboy gigi dan hapis begudul !

P/s : jage2 lah korang dengan karenah orang KL. letih nak melayann derr.

W'LSALAM.....




                                                       
                                                                                               

Saturday, October 16, 2010

cinte ?

berdiri nye saye disini ! korang xnmpk pon aku berdiri . so , anggaplah aku mcm berdiri . hmmm , topic kite pada hari ini . ialah , 'CINTA' . hye la hai , baek korang cinte kpd allah , nabi muhammad dan ibu-bapa . lagi baguss . daripade korang bercinte-cinte monyet ? huh ! xpyah la derr . buang mase . bgi aku ? elehh , 'sygggg dh mkn ke blom ' ? dh mandi ke blom ? butoooo laaaa itu sume , bek korang tnyer tuh sume kt adk korang lagi bgos . ad lah jgk faedah nyer . nie tak , tnyer kt pakwe/makwe . ish , ish , ishhh . daripade korang dok bercinte , bek korang belajar dulu , seperti hadis nabi muhammad , ehemmm2 , belajar biarlah sampai ke negeri cinaa . rule-rule , bile dh sampai mase untuk bercinte :

1 , belajar !
2 , keje
3 , n , last skali . bru lah bercintee

kalo nk bercinte tuh , pastikann . 'spender' tuh biar kite yg beli .
bru lah bole sara ank dara org .

dan maksod bercinte ialah : cinte sejati ialah , apabila dua hati manusia menjadi satuuu .
n , kalo anda rase 'cinte ini membunuhku' jgn laa bercinte .

byebye...                          

ini ialah nasihat daripade : budaksengalxbleyblahhh... :-)

P/S : jangan bercintan kalo xmampu nk sara ank dara oranggg !!!!!!!!!!!!!!!!!