Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku
rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia
sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering
aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku
nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan
meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan,
dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri
walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan
atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak
pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel
bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia
sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang
tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum
dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu
sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan
tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan
lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka
sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh
kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama.
Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak
tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang
tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
'Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak
dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu
benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan
awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan
perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak
sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan
bahagia tengok awak bahagia,'
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam
ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari
situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di
seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia
terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah
menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang
dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana
kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada
sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis.
Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa
bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa
untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta
maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik.
Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
TRUE STORY, DEDICATED TO AMIRUL AZIMAN.